Connect with us

Cukuplah Salahkan Kerajaan Lama – Tun Daim

Oh! Politik

Cukuplah Salahkan Kerajaan Lama – Tun Daim

Pengerusi  Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin akhirnya mengeluarkan kenyataan agar kerajaan menumpukan sepenuhnya kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka semasa PRU-14 tempoh hari dan melupakan apa yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan yang lalu.

Beliau berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah, dan kerajaan baharu perlu berhenti menuding jari dan menyalahkan kerajaan terdahulu yang mentadbir negara ini selama 61 tahun.

“Sekarang sudah enam bulan. Kerajaan perlu memberi tumpuan dalam pelaksanaan. Rakyat tahu apa yang terjadi, sebab itu mereka undi untuk menyingkirkan kerajaan sebelum ini.

“Justeru, adalah amat penting untuk kerajaan sekarang tidak mengulangi (kesilapan) pemimpin lama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya rakyat memberi sedikit masa untuk kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk membentuk semula ekonomi negara.

“Ramai yang tidak sabar, mereka undi untuk perubahan dan ingin melihat hasilnya serta-merta. Memang pelbagai janji dibuat, tetapi apabila Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran, kerajaan mendapati perbendaharaan sudah tiada.

“Bagaimana kami ingin tunaikan janji? Jadi ini akan memakan masa,” katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top