Connect with us

Oh! Media

Cukai Gula Eksais Tidak Akan Dikenakan Jika Kurangkan Kandungan Gula Dalam Minuman

Oh! Negara

Cukai Gula Eksais Tidak Akan Dikenakan Jika Kurangkan Kandungan Gula Dalam Minuman

Hari ini Lim Guan Eng mengatakan bahawa cukai eksais minuman bergula boleh dielakkan jika kandungan gula yang diletakkan syarikat pengeluar minuman dikurangkan dan berada di bawah nilai ambang.

ADVERTISEMENT

Pelaksanaan cukai minuman bergula ini juga dikatakan akan bermula pada 1 Julai lalu dan ia dikatakan tidak akan membebankan syarikat pengeluar terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) jika mereka berbuat demikian.

“Saya akui kementerian ada menerima bantahan daripada syarikat besar kerana mereka tertakluk kepada piawai ditetapkan dalam industri pembungkusan minuman air.

“Bagaimanapun, (bantahan) dari kedai tidak ada satu pun kerana mereka tidak terbabit. Kalau teh tarik atau kopi ia tidak berkaitan langsung. Minuman yang dibancuh di warung atau di kedai tiada kaitan kerana ia bukan minuman berbungkus sedia diminum.

“Kepada pihak PKS, kita sudah jelaskan dalam aspek ini kalau kurangkan kandungan gula di bawah tahap ditetapkan, mereka tidak akan dikenakan duti eksais. Kalau melebihi tahap ditetapkan barulah kena cukai. Mudah saja,” katanya.

Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), hanya produk yang mengandungi gula melebihi 5 gram (g) bagi setiap 100 mililiter (ml) air akan dikenakan cukai.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas