Connect with us

Oh! Media

Dia Cuma Komen ‘May The Force Be With Me’, Tiba-Tiba Terus Dapat PlayStation 4

Umum

Dia Cuma Komen ‘May The Force Be With Me’, Tiba-Tiba Terus Dapat PlayStation 4

Dia cuma tulis satu komen, ‘May The Force Be With Me’ dan terus dapat sebuah Playstation 4!

ADVERTISEMENT

Jika anda sudah lama mengikuti Oh! Media di Instagram, Facebook, mahupun Twitter pastinya telah sedia maklum bahawa kami ada menjalankan satu giveaway beberapa hari lalu bersempena dengan pencapaian Instagram Oh! Media yang telah mencapai 200,000 followers dalam tempoh masa yang sangat pantas.

Jika sebelum ini sempena 100,000 followers, kami telah menghadiahkan satu set smartphones OnePlus X melalui cara yang sama, kali ini satu set PlayStation 4 Slim 2017 Edition menjadi rebutan jutaan pengikut Oh! Media di sosial media sebagai menghargai pencapaian 200,000 followers di pula.

Pemenang

Selepas berlangsung cuma dalam masa 3 hari sahaja, akhirnya pada hari Khamis, 12 Januari 2017 tepat jam 9:01 malam akhirnya contest tersebut telah ditutup dengan Oh! Media meninggalkan satu komen terakhir sebagai penutup contest berkenaan.

Seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa, Asyaari Alwi, 26 yang berasal dari Kuching telah  memberikan komen ‘May The Force Be With Me’ dan komen tersebut secara rasmi menjadi tuah buatnya kerana secara terus telah diiktiraf sebagai pemenang dan menerima sebuah set Playstation 4 Slim edition 2017.

Asyaari Alwi dinobatkan sebagai pemenang tanpa syak lagi apabila komen beliau berada di atas “komen terakhir” yang ditulis oleh pihak Oh! Media sendiri dan dari semakan lanjut beliau telah mengikuti semua syarat mudah yang diminta untuk menjadi sebahagian dari contest tersebut dengan baik sekali.

Menurut Asyaari, beliau telah lama menjadi followers Oh! Media di Facebook dan baru-baru ini mula mengikuti Oh! Media melalui Twitter dan Instagram dan kemenangan ini suatu yang amat mengejutkan dirinya memandangkan kali terakhir beliau bermain gane adalah di PlayStation 2 lebih 10 tahun yang lalu.

Hadiah akan diserahkan kepada pemenang di Pejabat Urusan Oh! Media pada masa yang akan ditetapkan dan akan dikongsikan terus ke Instagram dan Twitter Oh! Media.

Tahniah diucapkan kepada Asyaari Alwi dan kepada semua peserta lain diharapkan tidak berkecil-hati dan terus menyertai pelbagai lagi contest lain selepas ini.

Berbeza Dari Sebelum Ini

Berbanding sebelum ini pemenang terpilih melalui 100% nasib, kali ini pelbagai hint telah dikongsikan di Twitter bagi menjadikan contest ini lebih menarik dan berbaloi untuk yang mengikuti semua hint yang diberikan. Ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan ramai untuk merebut hadiah utama tersebut.



Contest mudah sebegini merupakan sebahagian dari cara Oh! Media untuk menghargai para pengikutnya di mana peluang terbuka untuk disertai sesiapa sahaja (kecuali warga kerja Oh! Media). Kami percaya untuk sebarang contest yang dianjurkan haruslah tidak menyusahkan orang dengan perlu membuat pelbagai perkara atau mempergunakan orang ramai dalam tempoh masa yang lama sebaiknya haruslah dijadikan sebagai penghargaan dan membuat peluang kepada semua followers yang ada untuk menang dengan cara yang cukup mudah cuma perlu nasib memihak pada mereka.

Contest sempena 200k followers di Instagram ini telah mencatatkan lebih dari 100,000 komen hanya dalam tempoh masa 3 hari sahaja dengan capaian melebih dari 3 juta orang seluruhnya. Ini merupakan satu rekod baru berbanding sebarang contest atau giveaway yang dijalankan sebelum ini.

 Selain dari contest mudah dalam skala besar seperti ini, Oh! Media sentiasa menjalankan kempen “hidup untuk memberi” di Instagram antaranya barangan gajet, barangan preloved, dan yang paling kerap adalah topup pelbagai jenis telko untuk followers yang amat dihargai.

Teruskan mengikuti kami di Facebook, Twitter dan terutamanya di Instagram kerana pelbagai maklumat perkongsian yang lebih unik dan bermanfaat hanya dikongsikan di Instagram sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas