Connect with us

Oh! Media

(Gambar) The Clink, Restoran 5 Bintang Dalam Penjara

Liberty hotel clink restaurantjpg

Umum

(Gambar) The Clink, Restoran 5 Bintang Dalam Penjara

Tak terlintas di fikiran sebuah penjara memiliki restoran mewah bertaraf 5 bintang di dalamnya. Mungkin, ia suatu yang mustahil di Malaysia namun tidak di HM Prison High Down yang terletak di Banstead, Surrey.

Restoran The Clink Charitu ini didirikan untuk mengurangkan kadar jenayah dikalangan para banduan dan supaya mampu mendorong mereka membuat perkara yang lebih baik.

Pekerja di restoran ini adalah terdiri daripada banduan samaada sebagai pelayan hinggalah ke tukang masak. Walaupun Chef restoran ini adalah seorang banduan namun masakannya adalah setaraf dengan chef di restoran mahal yang lain.

IKLAN

 Setakat ini sudah tiga penjara yang mempunyai restoran ini antaranya satu di Brixton, London dan dua lagi di Surrey dan Cardiff, Wales.

Walaupun pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran itu harus melalui pemeriksaan yang ketat iaitu pemeriksaan biometrik dan harus memberi cop jari dan gambar namun, jumlah yang datang amat memberangsangkan malah pelanggan harus menempah meja 72 jam sebelum datang.

Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad. Hanya yang berusia 18 tahun ketas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit didalamnya. Malah, beg dan dompet juga harus ditinggalkan di atas meja penyambut tetamu.

Selain semua pekerja daripada golongan banduan, malah seluruh perabut didalamnya diperbuat sendiri oleh para banduan.

 
 



Psst: Sempena musibah banjir yang melanda Malaysia, OH! MEDIA melancarkan tabung kemanusiaan untuk mangsa banjir di Kuantan dan Temerloh. Bagi yang ingin menderma boleh rujuk gambar di bawah.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas