Connect with us

Oh! Media

Christy Ng Berpendapat Cuti Bersalin 90 Hari Merugikan Majikan

Oh! Negara

Christy Ng Berpendapat Cuti Bersalin 90 Hari Merugikan Majikan

Wow! Macam-macam pandangan dan reaksi yang Ohmedia dapat tengok bila kerajaan dalam bajet 2020 ada menyebut tentang kenaikan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari mulai 2021.

ADVERTISEMENT

Reaksi netizen terhadap perkara ini semakin meningkat apabila usahawan wanita Christy Ng yang merupakan pengasas kepada Christy Ng Shoes telah bertanggapan tempoh cuti berkenaan adalah terlalu panjang dan akan merugikan.

Perkara yang saya tidak gembira ialah peningkatan cuti bersalin. Ia mungkin ada baik dan buruk. Seorang pekerja wanita yang cuti selama tiga bulan adalah terlalu lama dan saya juga merasakan ia menyebabkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi. Ia mungkin bukan sesuatu yang baik. Bulan ketiga sepatutnya ditukar menjadi waktu kerja fleksibel yang dipersetujui supaya majikan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja gantian semasa seseorang mengambil cuti bersalin, selain rakan pejabat tidak rasa terbeban, dipetik dari temuramahnya bersama Astro Awani.

Bila Ohmedia lihat semula, ada betul juga sebab jika perkara ini terlaksana, ia mungkin akan menyebabkan majikan untuk lebih memilih pekerja lelaki untuk dinaikkan pangkat, berbanding pekerja wanita. Apa pula pandangan korang mengenai perkara ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas