Connect with us

Oh! Media

Chef Selebriti Memperkenalkan Menu Daging Stik Bersalut Emas Mampu Cerna

Untitled design 2019 05 29t174740 242jpg

Umum

Chef Selebriti Memperkenalkan Menu Daging Stik Bersalut Emas Mampu Cerna

Korang kenal tak chef selebriti daripada Turki, Salf Bae? Baru-baru ini dia ada memperkenalkan stik yang bersalut emas di restorannya menerusi satu video di laman instagram. Dia menghidangkan stik tu kepada customer dia tau! Siap masak terus dekat atas meja customer dia. Kemain eh kau Salf bae!

A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et) on


Daging separuh masak itu dipotong kepingan dan membuat aksi dia macam biasa lah, menabur garam macam gaya poyo sikit hahaha lepas tu boleh pula dia menikam pisau tu dekat atas meja. Kalau korang nak tahu harga stik bersalut emas tu dijual pada harga AS$300 (RM1,256)! Mahal gila.

Salf Bae memberitahu yang stik bersalut emas 24 karat tu boleh dimakan sebab tak ada tindak balas kimia. Bila dah masuk ke dalam mulut, emas tu pun akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan. Biar betul?

IKLAN

Chef Salf Bae membuka restoran pertamanya, Nusr-et pada tahun 2010 dan sekarang dia ada enam restoran tau! Merata dunia weh seperti Turki, Abu Dhabi, Dubai, Miami dan New York. Dia akan membuka satu lagi cawangan dekat London dan Midtown. Antara beberapa selebriti Malaysia yang pernah datang ke restorannya menikmati hidangan stik adalah Datin Vivy Yusof dan Marion Caunter.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas