Connect with us

Oh! Media

CEO Tesco Letak Jawatan Kerana Keuntungan Merudum

Umum

CEO Tesco Letak Jawatan Kerana Keuntungan Merudum

Ketua Eksekutif (CEO) Philip Clarke akan meletak jawatan dan tempatnya digantikan eksekutif dari Unilever, Dave Lewis selepas syarikat itu mengeluarkan amaran keuntungan.

ADVERTISEMENT

Berita yang diumumkan oleh Tesco Plc, peruncit terbesar Britain itu memberitahu Clarke akan terus berkhidmat sebagai CEO hingga 1 Oktober sebelum meletak jawatan.

Tesco berkata, keadaan perniagaan semasa sangat mencabar sekali gus mengunjurkan keuntungan separuh pertama tahun ini akan lebih rendah daripada jangkaan.

Pengerusi Tesco, Richard Broadbent, berkata Clarke setuju melepaskan teraju kepimpinan kepada pemimpin baru dengan perspektif lebih segar. Lewis kini adalah presiden bahagian produk penjagaan diri di Unilever.

Perniagaan Tesco di Britain merangkumi dua pertiga daripada jualan dan keuntungan kumpulan itu di peringkat global.-Reuters

Rawatan Awal Kanser?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas