Connect with us

Oh! Media

CEO Kumpulan Astro Letak Jawatan

Rohanajpg

Umum

CEO Kumpulan Astro Letak Jawatan

Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan akan berkuatkuasa bermula 31 Januari 2019.

“Perancangan ini sudah dibuat berbulan lalu. Pengumuman ini hanya prosedur biasa yang dibuat selepas penyerahan notis enam bulan,” kata pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi.

Sepanjang Astro berada di bawah pengurusan beliau, syarikat tersebut mencatatkan peningkatan jumlah keuntungan daripada RM1.79 billion kepada RM5.53 billion setakat 31 Januari 2018. Beliau bertindak sebagai perancang utama strategi pertumbuhan Astro yang membantu syarikat tersebut untuk berkembang pesat di Asean.

IKLAN

Datuk Rosana juga mengakui sudah lebih dua dekad mendedikasikan masa dan tenaga untuk Astro, kini masa yang sesuai untuk beliau menumpukan perhatian kepada keluarga.

Posisinya akan digantikan oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan. Pihak Astro percaya dengan kreadibiliti Henry Tan yang sudah berkhidmat di syarikat tersebut selama 10 tahun untuk menerajui kepimpinan syarikat tersebut.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas