Connect with us

Oh! Media

Cekik dan Tumbuk Isteri Kerana Kantoi Berpoligami

Umum

Cekik dan Tumbuk Isteri Kerana Kantoi Berpoligami

Berterus-terang adalah perkara paling dituntut dalam perkahwinan poligami. Namun ‘Berani buat Tak Berani Tanggung‘, perkara tersebutlah yang paling payah dilakukan oleh kebanyakkan kaum lelaki yang berpoligami sehingga memilih ‘Berpoligami Gelap ‘ dengan merahsiakan perkahwinan poligami mereka.

ADVERTISEMENT

Walaupun pelbagai alasan sekalipun diberikan, yang nyatanya mereka yang ‘Berpoligami Gelap’ akan menempuhi seribu satu kerumitan dan sememangnya jauh menyimpang daripada konsep poligami yang dituntut agama Islam.  Perumpaan sumpah melampau ‘Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan.. Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan‘ seringkali menjerat kaum wanita terutamanya ke kancah permasalahan yang menderitakan.

Kes Isnin lalu di Ayer Keroh, Melaka di mana seorang pekerja swasta dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan tangan dengan mencekik leher dan menumbuk mulut isterinya berusia 28 tahun akibat kantoi berpoligami. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM4,000. Ditawarkan jaminan RM5,000, tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung ibu bapa, isteri serta dua anak berusia empat tahun dan setahun empat bulan. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dan menetapkan 14 Mac ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Apabila berlaku begini, siapakah yang turut teraniaya? Ya, kaum wanita. Isteri pertama dan pihak yang bermadu. Belum lagi anak-anak dan ahli keluarga yang turut mendapat tempias derita.

Lebih kepada kemahuan daripada sunnah. Ini yang acapkali berlaku.
Penganiayaan terhadap kaum wanita semakin berleluasa. Perkara sunnah jika menyimpang, boleh jatuh hukum haram terutama kepada yang kurang berkemampuan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi masa dan kemampuan lain yang jika tidak kena, sudah tentu menganiayai insan lain. Adakah ini dituntut dalam ‘Sunnah’ berpoligami?

Sekiranya perkahwinan dilakukan di luar negara, atau sindiket lebih banyak lagi masalah akan dilalui pasangan berpoligami kerana tidak mematuhi prosedur undang-undang negara. Antaranya adalah:

1. Tidak berupaya menuntut hak yang sama rata sebagaimana isteri pertama.

2. Dari segi pandangan undang-undang, mereka bukan suami isteri.
Katakan si madu ini melahirkan anak, maka pada sijil kelahiran anak itu tidak dapat dibinkan kepada nama bapa dan terpaksa ditulis tidak diketahui bapanya.

3. Andaikata berlaku kematian dan si suami meninggal dunia, keadaan menjadi lebih teruk kerana isteri baharu tidak dapat menuntut pembahagian pusaka sebagaimana isteri pertama kerana pernikahan mereka tidak diiktiraf.

4. Sekiranya berlaku perceraian semasa hidup, si madu itu langsung tidak boleh menuntut nafkah ataupun pembahagian harta sepencarian dan perkara ini membolehkan si suami cuci tangan bebas dari segala beban.

5. Golongan yang memilih jalan untuk bernikah di negara jiran atau melalui sindiket terlupa mengenai kepentingan sijil pernikahan yang sah dan seterusnya menimbulkan kerumitan pada ketika anak sudah dewasa puluhan tahun atau ketika si suami telah meninggal dunia.

Risiko pada pihak suami juga tidak kurang kerana beberapa kelebihan dan hak yang sepatutnya dinikmati tidak dapat diperoleh memandangkan pernikahan itu tidak pernah mendapat pengiktirafan. Katakan si madu ini mahu mengikut lelaki lain, si suami tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tiada bukti secara hitam putih untuk perkahwinan mereka. Sukar bagi si suami untuk buktikan hak terhadap isteri tanpa ikatan yang formal.

Memang terdapat banyak pernikahan di negara jiran berkesudahan dengan berjaya memperoleh pengesahan penikahan di negara ini tanpa pengetahuan isteri pertama. Ada sesetengah kes yang mana rahsia itu dapat disimpan sampai mati tetapi berapa banyak madu yang sanggup hidup seperti perempuan simpanan dan tidak dapat mengecapi keindahan sebagaimana seorang isteri yang sepatutnya.

Memang ada kes yang mana si madu berdepan dengan isteri pertama dan si suami diberikan kata dua antara mereka, memang ada kes yang berakhir dengan toleransi dan kebahagian kepada semua pihak namun banyak juga kes yang berakhir dengan perceraian dan keganasan rumahtangga.

TEPUK DADA TANYA SELERA. BERBALIKLAH KEPADA TUNTUAN AGAMA ISLAM YANG SEBENAR.
BARU BETUL BETUL SUNNAH.


Kongsikan untuk memberi pesanan sesama insan. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas