Connect with us

Oh! Media

CCTV: Rompakan Di Butik Inspirasihana, Shah Alam

Ohmedia rompakan butik inspirasihanajpg

Umum

CCTV: Rompakan Di Butik Inspirasihana, Shah Alam

Berikut merupakan rakaman CCTV sebuah rompakan terancang di Butik Inspirasihana yang beroperasi di Shah Alam. Rompakan ini berlaku pada hari Selasa lalu, 8 Julai 2014. Pemilik premis ini menghubungi Oh! Media dan meminta orang ramai untuk turut sama menyebarkan video ini bagi membantu kepada penangkapan penjenayah ini.

“Jangan cakap banyak. Kalau tidak aku bunuh!” Itu ugutan
dua lelaki berparang yang menyamun sebuah butik pakaian di Seksyen 7, di
sini, 8 Julai lalu.

IKLAN

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu,
dua pekerja butik yang berada di tempat kejadian kerugian dianggarkan
berjumlah RM8,000.

Pemilik butik yang hanya mahu dikenali
sebagai Nurul, 30, berkata, ketika kejadian, butiknya itu baru dibuka
kira-kira satu jam dan dua pekerja sedang sibuk mengemas kini stok
pakaian manakala seorang berada di stor. 

“Saya ketika itu berada di sebuah lagi cawangan butik di Ipoh, Perak,” katanya yang ditemui semalam.

Menurutnya, dua lelaki yang sebelum itu dilihat mundar-mandir di
hadapan premisnya dengan memakai beg sandang kemudian meluru masuk
butiknya walaupun tahu ia dilengkapi sistem keselamatan.

“Penjenayah terus mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada
di kaunter sebelum menariknya masuk ke dalam pejabat. Mujur seorang
pekerja yang berada di stor hanya mendiamkan diri selepas menyedari
kekecohan berlaku.

Bulan Ramadhan ni orang berlumba-lumba membuat amalan dan kebajikan, budak-budak ni terus hanyut dalam kehidupan. Kasihan ibu dan bapanya.

Menu Berbuka Hari Ini Apa?

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas