Sememangya teknologi talefon pintar semakin canggih. Beberapa pengeluar terkemuka sentiasa bersaing untuk mereka cipta produk yang dapat menambat peminat masing-masing. Kalau kita lihat, telefon sekarang hanya memerlukan masa yang singkat berbanding telefon pengeluaran terdahulu. Tapi, bila sebut je OPPO, mereka yakin dan percaya bahawa mereka telah mengambil langkah jauh dari pengeluar lain.
OPPO telah mempamerkan teknologi VOOC Super terbaru mereka di Mobile World Congress tahun ini. Teknologi dari OPPO ini dapat mengecas semula telefon pintar daripada serendah 5 % kepada 100 % dalam masa 15 minit. OPPO telah menyampaikan demonstrasi Super VOOC di MWC dan dipasang dalam telefon pintar dengan 2500mAh bateri dan pada akhir persembahan, bateri telah dicas sepenuhnya.
Teknologi ini akan menjadi suatu penggunaan yang sangat menyeluruh di mana orang zaman sekarang sentiasa bergerak dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan, Tapi apa yang tak seronok tentang teknologi ni? VOOC Super tidak boleh digunakan selain dari produk OPPO.
Anda fikir la sebaiknya. Adakah berbaloi untuk membeli telefon OPPO semata-mata untuk mendapatkan teknologi VOOC ini? Tepuk dada tanya kemahuan. Terima kasih melayari #ohgeekz
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya |
Instagram