Connect with us

Oh! Media

Hak Pekerja! Ini Cara Untuk Tuntut Bantuan RM600 Kerana Cuti Tanpa Gaji

Pemberian2bgaji2brm600png

Umum

Hak Pekerja! Ini Cara Untuk Tuntut Bantuan RM600 Kerana Cuti Tanpa Gaji

Hari ini merupakan hari ke-5 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kebanyakan dari kita sudah mula melakukan kerja di rumah termasuklah kami di Ohmedia. Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya sebelum ini ada mengatakan tentang pemberian RM600 oleh kerajaan kepada mereka yang terpaksa bercuti tanpa gaji disebabkan COVID-19.

Pemberian ini juga akan diterima selepas 7 hari membuat permohonan. Di bawah ini merupakan saranan dari Menteri Kanan, YB Datuk Seri Azmin Ali mengenai pemberian RM600.

COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI

IKLAN

Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.

Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.

Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected] ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/




Sumber: Facebook Azmin Ali

+ Baca respon pembaca yang ingin mendapatkan bantuan RM600 di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas