Connect with us

Calon PT3 Meninggal Dunia Mengejut Pada Hari Pertama Mula Sekolah

Oh! Tidak

Calon PT3 Meninggal Dunia Mengejut Pada Hari Pertama Mula Sekolah

Gambar hiasan

Bila ajal tiba, ia tidak akan mengenal masa, usia dan tempat. Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar Tingkatan 3 yang juga merupakan calon PT3 yang secara tiba-tiba pengsan dan meninggal dunia pada hari pertama bermula sesi persekolahan.

Kejadian yang berlaku di sekolah menengah di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur itu ternya mengejutkan rakan-rakan dan cikgu kerana adik Amiruddin Naim Ariffin dikatakan hadir ke sekolah dalam keadaan sihat dan suhu badan yang juga baik tanpa sebarang simptom demam atau tidak normal.

Adik Amiruddin dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia.

Pelajar berkenaan berada dalam kelas dan tiba-tiba pengsan. Dia kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat akan dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian. – Kata Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

Tidak dapat digambarkan hari di mana berkumpulnya bersama kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa akibat Covid-19 terjadi perkara yang menyedihkan ini. Takziah diucapkan kepada keluarga adik Amiruddin dan rakan-rakan, semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Kredit: Harian Metro | WilayahKu

+ Baca respon pembaca yang bersedih dengan berita ini di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top