Connect with us

Oh! Media

600 Helai Baju Sold Out Dalam 3 Minit, Kehebatan Butik Muslimah Ini Menjadi Bualan Ramai

Branded

600 Helai Baju Sold Out Dalam 3 Minit, Kehebatan Butik Muslimah Ini Menjadi Bualan Ramai

Baru-baru ini, Ohmedia ada terbaca satu artikel di Berita Harian tentang kisah kehebatan satu jenama pakaian Muslimah yang diberi nama “Muslimah4u”. Sebut pada nama jenama ini sahaja kita sudah terasa keunikannya. Perkara yang menarik minat kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama ini adalah kerana mereka berjaya menjual 600 helai baju dalam masa hanya 3 minit. Ini memang Luar Biasa.

Ramai muslimah mengutamakan penampilan tudung mereka semata-mata tetapi tidak ramai yang menitik-beratkan tentang cara pemakaian seperti Kemeja-T dan blouse yang juga meliputi bahagian paling penting bagi penampilan seseorang muslimah. Bila berbicara tentang busana muslimah, pada Oh! Media apa yang paling penting sekali busana tersebut haruslah menepati syariat di mana ianya tidak terlalu ketat dan sendat walaupun mahu kelihatan moden dan bersesuaian mengikut peredaran zaman.

Berikutan daripada kisah Luar Biasa itu, kami baru-baru ini berkesempatan mengorek serba sedikit rahsia kejayaan jenama ini daripada pengasasnya sendiri iaitu Puan Ummu Habibah Binti Abd Rahman, 29 tahun.

Puan Ummu Habibah menunjukkan gambar peminat tegar jenama Muslimah4u yang beratur panjang pada hari Pelancaran 3 buah Butik mereka pada tahun lepas. Jika dahulu kita hanya mendengar kisah Butik tudung jenama Fareeda yang mengalami fenomena pelanggan beratur panjang, namun sekarang ini butik menjual baju Muslimah seperti jenama Muslimah4u ini juga mengalami tempias yang sama rupanya.

Menurut Puan Ummu, rekaan pakaian Muslimah di Malaysia sekarang semakin lama semakin mendapat permintaan yang tinggi. Sejak awal penubuhannya pada tahun 2011 lagi, Muslimah4u telah menekankan rekaan top (kemeja & blouse) yang patuh syariah seperti labuh dan longgar.

Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Kehadiran Muslimah4u telah memberi satu sinar baru untuk Muslimah di luar sana yang ingin kekal bergaya. Namun masih lagi mengekalkan ciri ciri patuh syariat.

Kualiti seperti inilah yang menjadikan Butik Muslimah4u sentiasa menjadi kegilaan di kalangan ratusan ribu follower mereka di media sosial. Kini mereka mempunyai hampir 350, 000 follower termasuklah di Facebook (@Muslimah4u) dan Instagram(@muslimah4uhq) serta tidak kurang juga di 3 buah outlet mereka sekarang.

Selain itu, elemen tambahan seperti “mesra menyusu” menjadikan rekaan Muslimah4u sentiasa menjadi pilihan.

Menurut beliau, ” Suatu masa dahulu, saya juga pernah menghadapi masalah untuk mendapatkan baju mesra menyusu di pasaran. Oleh sebab itu, daripada awal penubuhan Muslimah4u lagi , hampir 80% rekaan sudah mempunyai elemen “mesra menyusu”.

“Elemen mesra menyusu yang direka adalah seperti berzip di tengah, jenis selak dan jenis berbutang. Niat saya pada awalnya hanya hendak memenuhi permintaan diri sendiri dan rakan agen kami yang juga menghadapi masalah yang sama. “

” Namun saya tidak sangka, daripada feedback jualan, rupanya ramai Muslimah di luar sana menghadapi masalah yang sama seperti saya. Oleh sebab itu, bermula tahun 2015, 100% pengeluaran koleksi pakaian Muslimah4u saya wajibkan mempunyai elemen mesra menyusu ” jelas Puan Ummu.

Di samping itu, kekuatan lain pada Muslimah4u adalah pada kelajuan pengeluaran rekaannya. Iaitu sekitar 16 hingga 20 rekaan setiap bulan. Menurut beliau, kewujudan kilang pengeluaran baju miliknya sendiri turut membantu mempercepatkan penghasilan setiap rekaan yang dijahit bagi satu warna boleh mencecah 250-600 helai.

Apa yang lebih menarik, hampir semua rekaan Muslimah4u didatangkan dengan banyak pilihan saiz bermula daripada XS sehinggalah XXXXL. Ini sesuatu yang agak asing untuk dilihat pada jenama-jenama lain. Ini kerana kebanyakan jenama hanya menfokuskan kepada market saiz tertentu sahaja tetapi tidak bagi Muslimah4u.

”Di Muslimah4u, kami sangat memahami kehendak pelanggan yang pelbagai. Justeru dalam penghasilan pilihan saiz, kami tidak pernah mengabaikan pelanggan kami bermula daripada mereka yang bertubuh kecil hinggalah mereka yang bertubuh besar. Kerana pada saya, kecantikan itu adalah hak milik setiap insan” jelas beliau lagi.

Harga pakaiannya yang kebanyakannya di bawah ratusan ringgit juga boleh dikira sebagai harga mampu milik. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini tentunya harga jualan sebegini sentiasa menjadi tarikan utama.

Daripada sebuah jenama yang beroperasi di ruang pejabat biasa sahaja, Muslimah4u kini telah mempunyai 3 buah butik fizikal yang dibuka secara serentak pada tahun 2014.

Untuk mengenali lebih lanjut tentang Muslimah4U, anda boleh ke website mereka di www.muslimah4u.com atau ke laman sosial Facebook dan Instagram mereka. Muslimah4U juga boleh dihubungi melalui emel [email protected].

Bagi mereka yang suka membeli belah di butik fizikal, boleh berkunjung ke outlet berikut:

1. Butik Muslimah4u KL & Selangor(HQ)
No 15-1, Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Phone: 03-6177 1800 / 016-9011 707

2. Butik Muslimah4u Pahang
No 28, Jalan Putra Square 1,
Malay Town,25250 Kuantan, Pahang
Phone: 019-9500 535 / 013-9225 350

3. Butik Muslimah4u Perak
No 498, Ground Floor,
Persiaran SIBC 20,
Bandar Seri Iskandar,
32610 Seri Iskandar, Perak
Phone: 05-371 6663 / 012-5740 663

4. Pusat Borong Muslimah4u
No 9 Jalan PS 9/2
Taman Prima Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Phone: 019-2021 170 (Office)

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas