Connect with us

Oh! Media

CNY: Brunei Haram Tarian Singa Dekat Waktu Solat, Larang Bakar Mercun

chinese new year malaysia jpg

Umum

CNY: Brunei Haram Tarian Singa Dekat Waktu Solat, Larang Bakar Mercun

Brunei telah mengetatkan undang-undang untuk sambutan Tahun Baru Cina antaranya menghadkan masa untuk persembahan tarian Singa iaitu tidak boleh dilakukan dekat dengan waktu solat dan persembahan oleh orang bukan Cina.

Menurut portal Brudirect, Tarian singa kini hanya dibenarkan antara 19 hingga 21 Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang. Malah ia hanya boleh dilakukan di tokong, dewan sekolah dan rumah anggota-anggota persatuan Cina sahaja.

Bahkan Brunei juga turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang digunakan secara tradisi ketika sambutan perayaan itu.

IKLAN

Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan selepas solat Jumaat menyeru supaya umat Islam menghindari perayaan bukan Islam.

Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. – The Rakyat Post 

OHMEDIA: Kagum dengan Brunei. Walaupun negara kecil tapi undang-undang Islam tetap dilaksanakan dengan baik sekali.

————————————————————–
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas