Connect with us

Oh! Media

Bongkar: Pemandu Teksi Pernah Terlibat Kes Buli Jalanraya Pada 2013

Umum

Bongkar: Pemandu Teksi Pernah Terlibat Kes Buli Jalanraya Pada 2013

ADVERTISEMENT

Susulan satu video amukan gadis menaiki kereta Produa Myvi kepada seorang pemandu teksi yang menjadi viral baru-baru ini, satu demi satu perkara tersingkap disebalik kejadian itu. Oh!Media mendedahkan 3 video yang daripada pihak gadis dan pemandu teksi tersebut.

Dua-dua bertindak enggan mengaku salah dan sama-sama membuat laporan polis atas tuduhan masing-masing.

Amukan Puaka Secara Berjemaah
Tu diaa.. Zaman sekarang semua perlu diselesaikan dengan kekerasan ke Kejadian berlaku di Shah Alam. Apalah sebabnya ya melenting sampai macam tu sekali?Kejadian sebenar telah dikemaskini di http://www.ohmedia.my/2015/03/sambungan-video-amukan-gadis-myvi-di-shah-alam.html. Sambungan video di https://www.facebook.com/video.php?v=10154052428354572Psst: Nah pergi beli tudung – http://bit.ly/ohmedia1
Posted by Oh! Media on Monday, March 30, 2015

Walaubagaimanapun, kami memerima lagi gambar dua laporan polis kejadian buli diatas jalanraya yang dikenakan terhadap pemandu teksi yang dikenali sebagai Azmi bin Mokhtar pada tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, seorang mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 19 tahun telah melakukan laporan polis kerana Azmi telah mengeluarkan kata-kata kesat malah mengugut remaja tersebut selepas berlaku perselisihan diantara mereka ketika berada di jalanraya.

Oleh itu, remaja tersebut telah melakukan satu lagi laporan polis atas kesalahan ugutan daripada Azmi kerana bimbang akan keselamatannya.

 

OH!MEDIA: Jika laporan ini benar, ramai yang sudah dapat menilai siapakah sebenarnya yang bersalah.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas