Connect with us

Oh! Media

Bincang Masalah Sejak Pandemik, PPRB Duduk Semeja Dengan DBKL

Whatsapp Image 2020 12 03 at 103711 Pm

Umum

Bincang Masalah Sejak Pandemik, PPRB Duduk Semeja Dengan DBKL

Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro (PPRB) telah mengadakan mesyuarat dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 26 November lalu untuk menyelesaikan beberapa isu.

PPRB telah mengutarakan masalah premis dengan lesen hiburan tidak dapat beroperasi sejak 18 Mac lalu kerana pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pihak PPRB menggesa DBKL membenarkan premis berkenaan untuk memohon lesen operasi tambahan untuk membolehkan mereka beroperasi tanpa masalah ke atas lesen hiburan dimiliki.

Makan makan

Selain itu, PPRB turut mencadangkan pelanjutan pengesahan lesen premis, alkohol dan hiburan outlet tidak beroperasi sejak PKP. Mereka juga meminta DBKL untuk memberi kelonggaran bagi yuran Quit Rent & Assesment untuk pemilik premis yang tidak dibayar pengoperasi premis.

IKLAN

Datuk Bandar telah ambil maklum mengenai hal itu dan akan membawanya ke pihak tertinggi untuk dibincangkan.

Makan makan 2

Dalam pada itu juga, PPRB turut meminta penjelasan berkenaan waktu operasi sehingga 12 tengah malam. Ini kerana premis memerlukan waktu tambahan bagi aktiviti penutupan. Datuk Bandar menjelaskan, asalkan tiada pelanggan dilayan selepas waktu operasi, premis boleh menjalankan prosedur penutupan mereka.

Akhirnya, PPRB turut memohon kepada DBKL untuk menghasilkan ringkasan mengenai akta berkaitan untuk mendapatkan kesedaran lebih luas kepada pengusaha,

Datuk Bandar ambil maklum mengenai hal ini dan mencadangkan orang awam untuk ke page Facebook mereka dan website untuk maklumat lanjut terkini.

Mesyuarat itu dihadiri pihak PPRB iaitu William Lee (Presiden), Benny Bedi (Naib Presiden), Datuk Seri Michael Chong (Group PR & Penasihat Media), Dato David Gurupatham (Penasihat Undan-undang) dan Jeremy Lim (Media Liaison).

Manakala pihak DBKL diwakili YBhg. Datuk Bandar, Datuk Hj. Mahadi Bin Che Ngah dan Khairul Anuar (Pengarah Perlesenan & Pembangunan Perniagaan).

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas