Connect with us

Oh! Media

Bina Empayar, Berniaga Dan Jalan Untuk Berjaya Dalam “Tap to Riches”.

Umum

Bina Empayar, Berniaga Dan Jalan Untuk Berjaya Dalam “Tap to Riches”.

Korang takkan boleh kaya dalam sekelip mata tapi korang boleh berusaha untuk mencapai kejayaan. Korang pernah main permainan “Taps to Riches”?, dalam game inilah korang boleh buat duit dan kembangkan perniagaan korang dan merancang untuk menjadi kaya. Dalam permainan ini korang boleh belajar dan meningkatkan nilai perniagaan anda.

ADVERTISEMENT
  

Dari sehelai kain buruk untuk mencapai kejayaan? Korang akan rasa itu mungkin terjadi. Harapkan nasib sentiasa berada dengan korang yang main permainan ini kerana korang bukan sahaja membina empayar korang sendiri dalam satu bandar, tetapi korang perlu menjalankan perniagaan korang yang lain dalam banyak tempat supaya ia terus berkembang maju. Korang tidak boleh buat perkara korang sendiri sebab bizbots dan penasihat akan membantu korang dalam permainan ini.

Permainan ini akan mengingatkan korang sikit tentang Bitcoin Billionaire yang bukan hanya melekat di pejabat sahaja, korang boleh pergi berniaga di bandar-bandar yang berbeza supaya korang boleh bina empayar korang. Apa yang penasihat suruh korang buat, korang hanya perlu Tekan, Tekan dan Tekan sahaja.

  

Dalam Taps to Riches, korang boleh reset kalau korang rasa tak boleh buat dengan baik dalam perniagaan korang. Bizbots adalah sumber yang paling hebat dimana korang boleh mendapatkan banyak bonus dalam setiap klik. Korang ambil kesempatan itu dan cuba untuk mengumpul kesemua bonus perniagaan korang. Kalau korang rasa tidak berpuas hati dengan permainan ini secara percuma, korang boleh dapatkan barangan dalam aplikasi secara wang tunai untuk mempercepatkan pernigaan korang.

Korang boleh muat turun permainan ini dari Google Play Store atau Apple Store.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas