Connect with us

Oh! Media

Bilangan Pelajar Sekolah Terlibat Dengan Najis Dadah Membimbangkan

Oh! Lifestyle

Bilangan Pelajar Sekolah Terlibat Dengan Najis Dadah Membimbangkan

Seramai 1,709 pelajar sekolah menengah di 178 kawasan berisiko tinggi seluruh Malaysia didapati positif dadah jenis Methamphetamin.

ADVERTISEMENT

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jumlah itu diperoleh selepas pihaknya membuat ujian saringan terhadap 41,741 pelajar di kawasan berkenaan.

Rata-rata mereka yang disahkan positif dadah itu berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun.

“Sarawak merupakan negeri paling tinggi yang merekodkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar diikuti dengan Kedah dan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Hotline AADK di Ibu Pejabat AADK di Jalan Maktab di sini hari ini.

Mengulas mengenai talian Hotline AADK, Zulkifli memberitahu talian berkenaan beroperasi 24 jam dan ia merupakan satu medium awal bagi orang awam melaporkan setiap isu berkaitan penyalah gunaan dadah di kawasan masing-masing.

Sumber: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas