Connect with us

Oh! Media

Berita Baik Untuk Warga FELDA! Beraya Sakan La Nanti. Ke Camne?

12465808 1493870510921849 9223296374395260803 ojpg

Umum

Berita Baik Untuk Warga FELDA! Beraya Sakan La Nanti. Ke Camne?

Akhirnya teka-teki peneroka Felda terjawab apbila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sahkan Kerajaan akan menghulurkan bantuan Aidilfitri kepada 112,635 peneroka Felda sebanyak RM300 setiap orang, dengan peruntukan keseluruhan RM34 juta.

Ini tentunya merupakan satu berita baik untuk warga Felda untuk menyambut perayaan dengan lebih mencukupi lagi. Biarpun warga Felda hari ini memang ramai dah kaya-raya sampai rumah ada yang sampai 3 tingkat pun, tetapi masih ramai yang hidup biasa sahaja dengan isi keluarga yang sangat ramai.

Apatah lagi bantuan kerajaan untuk peneroka Felda apabila tiba musim perayaan nemang dah dilakukan sejak dari berpuluh tahun dulu lagi tanpa sebarang masalah dan baguslah jika ianya dapat diteruskan seperti biasa oleh kerajaan Pakatan Harapan tanpa perlu “banyak songeh” dan “banyak bunyi” lagi. Ohmedia tahulah sebab dulu Ohmedia (penulis) membesar sebagai seorang anak Felda. Bahkan tahukah yang kerajaan lama yang dituduh zalim, perompak, dan mencuri duit rakyat tu pun boleh bagi lebih banyak lagi duit raya.

IKLAN

Juga kami rasa tak perlulah nak wujudkan hero yang beriya kononnya sibuk mendesak kerajaan untuk beri bantuan raya kepada warga Felda ni. Taktik mewujudkan hero bagi mendapat sokongan rakyat ni bagi kami sejenis taktik basi yang dah diamalkan berpuluh tahun lamanya juga sejak kerajaan lama memerintah lagi. Siapa yang tahu siapa tu, tahu la kan. Huh.

Apapun kita taknak berbicara soal politik lebih panjang, kita ucapkan ribuan terima kasih atas keputusan bijak untuk warga Felda ini kerana undi mereka juga sentiasa dikira.

Pada Ohmedia, ini semua bukan duit raya dari kerajaan tapi adalah insentif dan bonus untuk warga Felda yang banyak berbakti dalam bidang pertanian dan meningkatkan ekonomi Malaysia sejak puluhan tahun yang lalu lagi. Ini adalah hak mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas