Connect with us

Oh! Media

Beras Tiruan Berjaya Dikesan dan Dirampas

beras2bsubsidijpg

Umum

Beras Tiruan Berjaya Dikesan dan Dirampas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membongkar kegiatan menjual dan mengedar produk beras Jati yang disyaki menggunakan cap dagangan palsu.

Pembongkaran itu dibuat dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Low Swee Hon, berkata, operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari dijalankan hasil maklumat dan siasatan.

IKLAN

“KPDNHEP kemudian telah merampas 5740 kilogram beras daripada 574 beg yang dirampas bernilai kira-kira RM14,924,” katanya.

“Siasatan mendapati premis ini disyaki menggunakan cap dagangan palsu jenama Jati.

Tambahnya, malah pemeriksaan juga mendapati beras yang dirampas ini adalah gred yang lebih rendah dan berbeza dengan gred beras Jati yang asli. Malah pembelinya juga terdiri daripada kalangan peniaga runcit dan restoran.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas