Connect with us

Oh! Media

Pelancong China Mati, Rakyat Malaysia Cedera, Belon Udara Panas Terhempas Di Cappadocia

ohmedia cappadocia mati terhempasjpg

Umum

Pelancong China Mati, Rakyat Malaysia Cedera, Belon Udara Panas Terhempas Di Cappadocia

Kalau korang ada tengok filem Manisnya Cinta Di Cappadocia mesti timbul rasa teruja betapa cantiknya Turkey lagi-lagi bila Nazmi (lakonan Shaheizy Sam) bawa Ifti Liyana (lakonan Fazura) ke satu tempat yang ada banyak gila Belon Udara Panas tu kan? Serius memang cantik gila kan? Tapi berlakunya satu kejadian menyayat hati baru-baru ini.

Nak dijadikan cerita, seorang pelancong China terbunuh manakala sembilan lagi cedera apabila belon udara panas yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turkey. Menurut laman CNN Turkey, antara mangsa lain yang tercedera adalah warga China sendiri dan Malaysia yang turut berada di dalam belon udara panas tersebut.

Belon udara panas dilaporkan ditiup angin secara tiba-tiba sebelum jatuh terhempas ke tanah walaupun ia cuba melakukan pendaratan kecemasan. Dimaklumkan bahawa ianya kemalangan yang jarang-jarang berlaku di Cappadocia terutamanya kemalangan maut memang tidak kerap berlaku.

IKLAN

Pada Mei tahun lalu, tiga rakyat Brazil mati apabila dua belon udara panas dinaiki mereka bertembung sesama sendiri. Seorang pelancong British juga turut dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan pada tahun 2009.

Hurm, cantik memang cantik tapi setiap apa yang manusia cipta pasti ada risiko dia. Samaada kita yang kena, atau orang lain yang kena, semua tu dah tertulis oleh Nya.

Apapun jika pergi bercuti, janganlah terlalu gembira kerana biasanya orang yang terlalu gembira, akan dkahiri dengan derita. – Oh! Media

Psst: Apapun filem Manisnya Cinta Di Cappadocia memang tak mengecewakan langsung. Antara filem Melayu yang hampir sempurna pada mata kami dari segala aspek. Tahniah kepada produksi filem ini. Ini bukan komen berbayar ye? hehe!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas