Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Terjawab! Bella & Aliff Sudah Rujuk Sejak Julai Tahun Lalu

Oh! Artis

Akhirnya Terjawab! Bella & Aliff Sudah Rujuk Sejak Julai Tahun Lalu

Akhirnya terjawablah sudah tanda tanya kita semua yang mengikuti perkembangan pelakon Bella Astillah apabila telah mengesahkan yang dirinya telah rujuk semula dengan bekas suaminya Aliff Aziz sejak Julai tahun lalu lagi.

ADVERTISEMENT

Bella dan Aliff yang bercerai pada 16 Mei 2019 itu telah menerima pelbagai reaksi dan rata-rata peminat mendoakan Bella agar ditemukan dengan orang yang baik untuk menggantikan Aliff. Tapi, siapa sangka yang mereka sebenarnya telahpun bersama semula 2 bulan selepas bercerai.

Kami rujuk Julai tahun lalu. Buat masa ini setakat itu saja saya mampu kongsi seperti di Twitter. Itu pun selepas beberapa hari berfikir. Saya rasa sudah memadai apa yang orang luar tahu sekarang. Selebihnya saya nak jalani hidup macam biasa sebab saya percaya masalah wabak Covid-19 ini jauh lebih penting dan harus kita ambil tahu. Sekiranya artikel demi artikel keluar, akan lebih ramai yang membuat dosa percuma kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menyumpah seranah. Itu yang kita cuba elakkan. Lagipun sekarang adalah Ramadan, bulan di mana kita mencari keredaan Allah dan memperbaiki diri. Saya cuba yang terbaik untuk simpan perkara ini dari tahun lalu kerana tahu ini yang akan terjadi di mana artikel akan keluar berlanjutan tanpa usul periksa netizen. Bukanlah saya yang nak menghebahkan, malah sudah belajar dari kesilapan lalu. Jika orang bercakap inilah akibatnya kalau suka mencanang hal rumah tangga, saya sebenarnya tidak pernah nak mencanang atau menagih simpati. – Kata Bella yang ditanya Harian Metro.

Bella juga menyatakan yang apa yang berlaku dahulu adalah keputusan yang diambilnya untuk memberi pengajaran kepada orang ketiga yang hadir merosakkan keluarga orang dan tidak mahu dipijak-pijak.

Kini Bella dikatakan sudah hamil. Bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang dan mengharapkan doa peminat.

Itulah apa yang berlaku wahai netizen sekalian. Cukuplah membuat andaian kerana kita tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Contohnya seperti inilah, ramai peminat sangkakan Bella ibu tunggal sehingga sekarang dan ternyata mereka sudah lama berbaik. Doa yang baik-baik semoga kita semua dilindungiNya.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Bella Astillah di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas