Connect with us

Oh! Media

Bekas Ratu Cantik Dulu Dipuja, Kini Mati Sebagai Gelandangan

Umum

Bekas Ratu Cantik Dulu Dipuja, Kini Mati Sebagai Gelandangan

Kecantikan yang dimilikinya ketika muda pernah membuatkan Damarys Ruiz disanjung sehingga mendapat gelaran Miss Venezuela dalam pertandingan Miss Universe.

Diusia 26 tahun, Ruiz berjaya memukau setiap mata yang memandang kecantikannya. Malah Damaryz Ruiz pernah menjadi dinobatkan sebagai Miss Venezuela 1973 mempunyai latar belakang sarjana dalam jurusan undang-undang. 

Walaubagaimanapun, Ruiz membuat keputusan tidak meneruskan kerjaya dengan sarjananya dan mula menjual kraf tangan dan perhiasan dari bahan kitar semula di Caracas.

Namun, siapa sangka kehidupan berubah dipenghujung usianya. Ruiz dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun sebagai seorang gelandangan di Caracas. Lebih tragik lagi, tiada satu pun sanak saudara atau keluarga yang mahu memeriksa mayatnya.

Pada 2005, media tempatan sempat membuat liputan tentang dirinya yang hidup bersendirian dan menjauhi para lelaki. Ruiz memberitahu bahawa beberapa bekas teman lelakinya kerap sensitif dan sering mengongkong, serta sering bertindak kasar terhadap dirinya.

Difahamkan, Ruiz sempat tinggal bersama adik lelakinya namun dia sering diseksa, diancam, dan tidak diberi makan.

Rosalba Gomes, seorang teman dekatnya menjelaskan Ruiz hidup dengan penuh tekanan dan kemurungan terutamanya pada dua tahun terakhirnya.

“Aku sempat bertemu dengannya dua hingga tiga kali, lalu kami membicarakan hal yang sangat panjang. Aku senang mendengar dia berbincang dan menceritakan kisah-kisah atau apa pun,” kenang Gomes.

OHMEDIA: Hidup kita boleh berubah bila-bila masa sahaja kerana hidup ini seperti roda. Adakala kita diatas adakala kita dibawah.

——————————————————–

https://www.facebook.com/ohperfumenista 
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER
Boleh campur brand
Whatsapp – 0122553390

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top