Connect with us

Oh! Media

Bekas Perdana Menteri Sedih Melihat Nasib Pelajar Tahfiz

Oh! Negara

Bekas Perdana Menteri Sedih Melihat Nasib Pelajar Tahfiz

Sebak dan sedih. Itulah apa yang diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mengenangkan hasrat untuk mengwujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara tidak kesampaian.

ADVERTISEMENT

Tidak cukup dengan itu, Najib juga berasa terkilan selepas dikatakan menerima perkhabaran daripada ibu bapa dan mudir sekolah tahfiz yang mereka terpaksa menutup operasi sekolah kerana tidak lagi menerima sebarang bantuan.

Saya telah gambarkan nak lahirkan seramai 125 hufaz profesional suatu hari nanti. Mereka ini anak-anak kita yang ada kebolehan luar biasa tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian. Saya juga rasa macam nak menangis melihat ibu bapa dan mudir datang beritahu mereka mungkin terpaksa tutup sekolah tahfiz ini sebab tidak ada kemampuan lagi, katanya.

Najib juga berpendapat nasib orang Melayu tidak akan sama seperti di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Orang Melayu akan melarat di bumi sendiri dan hari ini sudah ada tanda-tandanya. Islam tertekan, institusi lumpuh satu demi satu dan ini yang saya khuatir. Inilah sebab keperluan penyatuan ummah sebagai satu jalan keluar untuk selamatkan umat Islam dan orang Melayu, katanya.

Jadi apa pula pandangan korang dengan apa yang diluahkan Najib Razak?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas