Connect with us

Bekas Perdana Menteri Ke- 4 & Ke-7 Tepis Tuduhan Punca PH Jatuh!

Oh! Politik

Bekas Perdana Menteri Ke- 4 & Ke-7 Tepis Tuduhan Punca PH Jatuh!

Politik negara kita akhirnya jumpa jalan keluar selepas Agong telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sekaligus menjadikan Perikatan Nasional yang terdiri dari BERSATU, UMNO, PAS, MCA dan MIC berjaya menumbangkan kerajaan di bawah Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, sekarang timbul pula pelbagai teori yang membincangkan siapa punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk menjawab persoalan itu, Tun Mahathir telah menafikan dirinya sebagai punca kepada kegagalan ini dan beliau mendedahkan punca sebenar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang dilihat sebagai punca kejatuhan Pakatan Harapan.

Perdana Menteri mendakwa krisis politik bermula apabila saya, Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal. Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri. Di Istana peletakan jawatan saya diterima. Saya diarah pegang jawatan Perdana Menteri buat sementara. Siapa yang akan ganti saya. Rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik. Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan. Orang parti juga akan menyertai Kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka. Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat? – Jelas Tun Mahathir.

Ketika ini semua menteri telah keluar dari pejabat mereka dan yang terbaru, Syed Saddiq turut telah berkongsi di laman Facebook rasminya yang mengucapkan penghargaan kepada staf Kementerian Belia dan Sukan kerana telah membantunya berkhidmat selama ini.

OHMEDIA: APA YANG AKAN TERJADI SELEPAS INI?

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top