Connect with us

Oh! Media

Bayi Kebiruan Dihurung Semut Ditinggalkan Di Pondok Goreng Pisang

Umum

Bayi Kebiruan Dihurung Semut Ditinggalkan Di Pondok Goreng Pisang

TANAH MERAH – Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditinggalkan di sebuah gerai goreng pisang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini, pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Bayi cukup sifat serta masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai tuala dan diletakkan atas meja makan gerai berkenaan oleh orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian dan pihaknya masih menunggu laporan hasil bedah siasat.

 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas