Connect with us

Oh! Media

Bawa Audio Ke Komputer Melalui Chrome Remote Desktop!!

Umum

Bawa Audio Ke Komputer Melalui Chrome Remote Desktop!!

ADVERTISEMENT

Chrome Remote Desktop adalah sebuah aplikasi Google ini membolehkan korang untuk mengawal desktop korang dari mana-mana peranti mudah alih Android atau iOS atau komputer lain sama ada Linux, Windows atau Mac melalui Chrome. Ia adalah aplikasi mudah alih dimana korang boleh akses dari jauh dan telah terbukti berguna terutamanya untuk pengguna Android kerana ia mudah untuk digunakan.

Aplikasi ini baru sahaja dikemaskini untuk Chrome Remote Desktop 53, menyampaikan peningkatan yang penting seperti remote sound support. Kemas kini ini akan memberi manfaat kepada orang-orang tertentu dengan kualiti audio yang dipindahkan ke peranti daripada komputer melalui jarak jauh.

peningkatan lain juga termasuklah Skrin Help & Feedback yang baru dan dua jari scrolling yang lebih lancar dan fungsi pinch-to-zoom. Mungkin ada sambungan yang korang perlu keluarkan. Hanya tekan lama pada nama komputer dan mereka akan dihapuskan dengan pantas.

Kemaskini ini sepatutnya disiarkan secara langsung tetapi jika korang tidak dapat melihat lagi, korang bleh dapatkan dengan memuat turun APK dari internet. Pastikan korang muat turun dan mengemaskini aplikasi Chrome pada semua komputer korang yang hendak akses dari jauh. Lihat jika korang mempunyai Chrome Remote Desktop terkini atau muat turun dari Kedai Web Chrome.

Pada yang tidak pernah menggunakannya lagi, korang boleh mencubanya. fungsi ini dapat membantu korang bila dalam keadaan terdesak suatu hari nanti. Yang paling menyeronokkan adalah korang akan belajar sesuatu yang baru.





Muat turun aplikasi di Chrome Remote Desktop ataupun Google Play Store.


(Sumber : Android Police )

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas