Connect with us

Oh! Media

Usaha Yang Baik Untuk Orang Ramai Beribadah Di Masjid Sambil Basuh Baju

Umum

Usaha Yang Baik Untuk Orang Ramai Beribadah Di Masjid Sambil Basuh Baju

Ohmedia rasa ini adalah satu cara yang sangat baik apabila pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melancarkan aplikasi Nak Dobi sebagai pelan pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan.

ADVERTISEMENT

Cara ini sekaligus akan menggalakkan orang Islam untuk datang ke masjid membasuh pakaian dan dalam masa yang sama dapat meluangkan masa melakukan solat berjemaah, membaca al-Quran atau melakukan apa sahaja aktiviti ibadah di sini.

Masjid bukan hanya pusat ibadah, tetapi mampu memberi sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi ummah. Melalui aplikasi Nak Dobi, pengguna boleh mendapatkan servis dobi terus ke rumah bersesuaian dengan situasi semasa serta bagi industri di Malaysia memilih keusahawanan digital sebagai platform perniagaan dalam norma baharu. – Kata Pengarah JAWI. Mohd Ajib Ismail.

Dalam majlis pelancaran tersebut, turut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama_, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Kuala Lumpur semalam (20 Ogos 2020).

OHMEDIA: BOLEH LA JIMAT MASA LEPAS BALIK KERJA TERUS PERGI DOBI DAN TAK TERLEPAS SOLAT MAGRIB.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang merasakan usaha ini sangat baik di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas