Connect with us

Oh! Media

Barisan Pembangkang Sokong Turunkan Had Mengundi Dengan 2 Syarat

Oh! Negara

Barisan Pembangkang Sokong Turunkan Had Mengundi Dengan 2 Syarat

Berikutan dengan cadangan pihak kerajaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, Ahli Parlimen pembangkang hari ini turut menyatakan sokongan mereka terhadap usul berkenaan. Tetapi, ia merangkumi dengan dua syarat atau cadangan untuk mereka menyokong sepenuhnya.

ADVERTISEMENT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara pertama adalah pindaan itu perlu memasukkan peruntukan yang membolehkan warganegara berusia 18 tahun secara automatik terdaftar sebagai pengundi.

Sumber Gambar: Berita Harian

Cadangan kedua, kerajaan perlu meminda Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan supaya kelayakan menjadi calon pilihan raya turut diturunkan kepada 18 tahun berbanding usia 21 tahun ketika ini, seiring pindaan Perkara 119(1).

Jika korang masih ingat, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini telah mengumumkan bahawa persetujuan telah tercapai Kabinet untuk menurunkan had umur mengundi pilihan raya umum daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang dilihat banyak negara maju telah melakukan perubahan terbabit.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, jika warganegara berusia 18 tahun tidak didaftarkan sebagai pengundi secara automatik, jumlah pengundi yang layak tetapi tidak berdaftar akan bertambah secara mendadak selepas had usia mengundi diturunkan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas