Connect with us

Oh! Media

Bapa Mertua Parah Disimbah Air Panas Oleh Menantu

Umum

Bapa Mertua Parah Disimbah Air Panas Oleh Menantu

MUAR: Seorang lelaki warga emas cedera parah apabila telah disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cota oleh menantu yang dengan kejam di Ayer Hitam si sini.

ADVERTISEMENT

Mangsa Mohd Noor bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula Melaka yang melecur teruk dibadan dan muka serta cedera kerana dipukul dengan cota sekarang terlantar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan menantunya itu telah bergaduh kerana masalah melibatkan kewangan menyebabkan menantunya naik berang sebelum memukul mangsa dengan cota dan mencurah air panas tubuh mangsa.

Selepas berbuat demikian suspek dan anak angkatnya itu telah mengambil dompet mangsa dan melarikan diri dengan membiarkan mangsa mengelupur kesakitan seorang dalam kejaian yang berlaku pada pukul 4 pagi tadi.

Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, yang terdengar jeritan mangsa berkata, dia tidak berani untuk pergi menolong kerana suspek tersebut terlalu agresif dan terus mendapatkan Mohd Noor apabila menantunya itu beredar dari situ.

“Sebaik sahaja membuka pintu, dia terkejut melihatkan keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan dalam keadaan merangkak meminta pertolongan,” katanya yang dipetik dari Utusan.

Mangsa yang tidak mempunyai anak dan isterinya yang sudah meninggal dua tahun lalu tinggal dengan anak angkatnya dan sering pulang lewat kerana berniaga gula melaka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi telah mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan gerakan memburu suspek telah dijalankan.

Beliau turut membaritahu hasi semakan rekod mendapati suspek mempunyai tige rekod jenayah lampau dalam jenayah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

OHMEDIA: SAH INI BUKAN MENANTU NI, TAPI HANTU!!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas