Connect with us

Oh! Media

Bapa Kepada Anak Muda Berbakat Sofyank Meninggal Dunia Malam Tadi

Ohmedia sofyank3png

Oh! Artis

Bapa Kepada Anak Muda Berbakat Sofyank Meninggal Dunia Malam Tadi

Bapa kepada Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi yang dikongsikan melalui akaun Twitter miliknya.

Dalam perkongsian Sofyank, dia turut meminta agar sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya bernama Abdullah bin Mohamed dan telah dikebumikan selepas solat Isya malam tadi (9 Julai 2020).

Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini.. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah (dibaca). Untuk makluman, jenazah Ayahnda akan di solatkan di Masjid Wakaf Bharu selepas Solat Isya’ mlm ini dan di simpan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu. – Tulisnya.

IKLAN



Sofyank cukup terkenal dengan penghasilan video pendek yang cukup kreatif dengan jalan cerita dan CGI yang menarik. Namanya meningkat naik selepas berjaya berjumpa dan hasilkan video bersama idolanya iaitu Zachking.

Netizen turut bersedih dengan pemergian insan tersayang yang pastinya menjadi penyokong tegar Sofyank selama ini.

Kredit: Twitter Sofyank96

+ Baca respon pembaca yang bersedih dengan berita ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas