Connect with us

Oh! Media

Bapa Adib Fail Permohonan Terhadap Peguam Negara

Ohmedia bapa adib 1jpg

Umum

Bapa Adib Fail Permohonan Terhadap Peguam Negara

Mohd Kassim Abdul Hamid, bapa kepada anggota bomba Muhammad Adib,  telah memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri anaknya.
Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili keluarga, Kamaruzaman A Wahab kepada Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu difailkan melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates di Mahkamah Koroner.
Pada prosiding hari ini, saksi inkues ke-30, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Dr Amir Radzi Abd Ghani dipanggil ke mahkamah bagi memberi keterangan berhubung pengiraan daya hentaman ke atas bahagian dada Muhammad Adib.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber: MyMetro

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

IKLAN

Oh! Makan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas