Connect with us

Oh! Media

Ditanya Bantuan Apa Masyarakat Orang Asli Harapkan, Jawapan Dari Tok Batin Sangat Mengejutkan

Oh! Lifestyle

Ditanya Bantuan Apa Masyarakat Orang Asli Harapkan, Jawapan Dari Tok Batin Sangat Mengejutkan

ADVERTISEMENT

Dalam kehidupan kita, sering kita lupa kepada golongan minority yang duduk jauh didalam hutan iaitu orang-orang asli.

Walaupun, kehidupan kita semakin jauh mahu kehadapan namun mereka seolah-olah masih lagi hidup dalam tahun 80an.

Mujur ada golongan prihatin yang sanggup meredah hutan untuk menyampai bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mereka.

Berikut kisah menarik yang dikongsikan oleh pengasas Felinna Beauty iaitu Encik Rafie Ramli.

Alhamdulillah. Kelmarin selesai Projek Pembekalan Nutrisi dan barangan keperluan di perkampungan Orang Asli di sekitar Tasik Banding Royal Belum Perak.
.
Semoga dgn pemberian nutrisi dari Caliph Kids Supplement dapat memberi mereka kesihatan dan kecergasan minda yang lebih baik. InshaAllah.
.
Sempat saya bertanya kepada Tok Batin apakah keperluan yang mereka harapkan sebenarnya.
.
Jawapan yg diberikan sangat tidak terjangka. Huhu.
.
Menurut Tok Batin, mereka sangat berharap ada Ustaz yang masuk mengajar di kampung mereka secara rutin. Kali terakhir mereka mendapat pendidikan Islam ialah pada tahun 1994.
.
Orang orang Asli disini kebanyakkannya beragama Islam, Kristian dan ada yang tidak beragama. Mereka sangat risau jika mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka atau ada badan dari agama lain yang menawarkan sesuatu yang lebih baik dari Islam. Pasti mereka akan hanyut.
.
InshaAllah, pihak Raffelinna dan Jemaah akan mengatur sesuatu untuk masalah ini. Kami meletakkan hukum Wajib keatas diri kami utk selesaikan masalah ini. Semoga Allah bantu.
.
Jika pihak yang sepatutnya tak dapat bantu, biar Belia yang dikatakan malas ini yang uruskan!

Sekian,
Rafie Ramli
Belia Tak Malas!

Kali ni Oh! Media nak kongsikan tentang 4 salun rambut pilihan selebriti sekitar Lembah Klang mesti korang cuba! Detail ada di caption bagi setiap gambar ya? Nombor 4 tu paling unik dan memudahkan.

Posted by Oh! Media on Wednesday, March 2, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas