Connect with us

Bantuan Khas RM21 Juta Untuk Pusat Tahfiz, Pondok & Sekolah Agama

Oh! Politik

Bantuan Khas RM21 Juta Untuk Pusat Tahfiz, Pondok & Sekolah Agama

Nampaknya, pihak kerajaan kita melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut telah mengumumkan penambahan bantuan khas ‘one-off’ kepada pusat Tahfiz Swasta, Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Swasta.

Perkara ini diumumkan oleh Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dan ia hanya akan diberikan kepada sekolah yang berdaftar dengan pihak berwajib di seluruh negara.

Wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga kini memberi kesan sedikit sebanyak kepada para guru di Institusi Pendidikan Islam yang terjejas terutamanya dari sudut pengurusan operasi dan sara diri. Prihatin dengan hal ini, saya mengumumkan RM21 juta bantuan one-off. – Katanya.

Antara bantuan tambahan yang diberikan:

1. Bantuan sara hidup kepada guru-guru dengan kadar RM800 seorang yang akan memberi manfaat kepada 22,920 orang guru.
2. Bantuan pengurusan operasi bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan lain-lain perbelanjaan operasi kepada 2,119 buah institusi pendidikan di seluruh negara.

Untuk pengetahuan korang, bantuan ini telah menggunakan peruntukan RM100 juta yang telah disediakan buat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah bajet 2020 yang sepatutnya digunakan untuk penyelenggaraan dan naik taraf institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama berdaftar.



Sumber: Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri

+ Baca respon pembaca mengenai bantuan khas ini di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top