Connect with us

Oh! Media

Banduan Penjara Kluang Terlepas Ketika Buat Kerja Pembersihan

Umum

Banduan Penjara Kluang Terlepas Ketika Buat Kerja Pembersihan

ADVERTISEMENT

Seorang banduan warga asing dilaporkan telah melarikan diri dari Penjara Kluang ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan di luar tembok penjara itu pada jam 10 pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, Jabatan Penjara Kluang mengesahkan kejadian itu berlaku ketika banduan tersebut sedang membuka khemah selepas jabatan itu mengadakan hari terbuka penjara sempena Tahun Baru Cina.


“Ketika berehat, dia dipercayai menyusup keluar dari kawasan Kompleks Penjara Kluang dan hanya disedari sebaik kerja-kerja pembersihan selesai.

“Banduan terbabit adalah warganegara Indonesia berumur sekitar 33 tahun dengan ketinggian lebih kurang 157 sentimeter dan berkulit gelap,” katanya.

Usaha mengesan dan mencari banduan tersebut sedang giat dijalankan di sekitar kawasan Penjara Kluang dan kawasan penempatan berhampiran.

Pihak polis juga turut akan menjalankan operasi pencarian serta sekatan bagi menjejaki banduan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mahupun terserempak dengan banduan yang memakai pakaian berwarna hijau boleh terus melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

OHMEDIA: Jadilah rakan komunity Oh! Media di WhatsApp. Kongsikan apa sahaja info, gambar atau video yang menarik di nombor 012-923 1562.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas