Connect with us

Oh! Media

Jom Sertai ‘30 Seconds Push-Up Challenge Bersama Bad Lab’ Dan Menang Pelbagai Hadiah Menarik!

Branded

Jom Sertai ‘30 Seconds Push-Up Challenge Bersama Bad Lab’ Dan Menang Pelbagai Hadiah Menarik!

Bad Lab ketika ini sedang menjalankan satu cabaran untuk rakyat Malaysia melakukan aksi ‘30 Seconds Push-Up Challenge bersama Bad Lab’ ni tau! Cabaran ni mudah sahaja yang mana anda hanya perlu merakamkan video melakukan push-up dalam tempoh 30 saat.

Cara Untuk Sertai:

1. Download GIF Bad Lab Timer di bawah ini untuk diletakkan dalam video nanti.

GIF atau video Bad Lab Timer ini boleh dimuat-turun di sini.

2. Rakam video anda melakukan push-up sebanyak mana yang mungkin selama 30 saat dengan Bad Lab Timer yang disediakan.

.
– Untuk 10 saat yang pertama, lakukan pengenalan mengenai push-up challenge tersebut serta sebutkan 3 nama rakan anda untuk sahut cabaran ini.

– Kemudian, 3 saat (Ready, Set & Go) yang kedua pula untuk bersedia sebelum beraksi.

– Lakukan push-up sebanyak mana yang mungkin selama 30 saat.

– Peserta harus memberitahu kepada penonton jumlah push-up yang sudah dilakukan.

3. Untuk masukkan sticker Bad Lab Timer dalam video, anda boleh gunakan aplikasi VideoLeap di iPhone ataupun Viva Video di Android dengan hanya search “badlabtimer”, “badlabchallenge” ataupun “badlab” jer. Kalau anda tak jumpa timer di aplikasi GIPHY, boleh muat turun di sini dan letakkan sendiri dalam video anda.

4. Jangan lupa memuat naik video yang telah anda edit tadi di Instagram dan pastikan akaun anda tidak private ya untuk kami lihat.

5. Letak hashtag #AMPUP30Sec dan #GetFitWithBadLab dekat kapsyen video tersebut dan jangan lupa tag 3 rakan yang disebutkan untuk menyahut cabaran ini. Beritahu dalam caption sekali nanti yang arahan untuk sertai challenge ni boleh baca di www.ohmedia.me/badlab


Terma dan Syarat:

“30 Seconds Push-Up Challenge bersama Bad Lab” (“Peraduan”) dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas (pada 01.01.2020) kecuali agensi dan pembekal pengiklanan/PR Citychemo Manufacturing Sdn Bhd. Peserta di bawah umur 18 tahun adalah diperlukan untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, persetujuan tersebut dianggap telah diperolehi. Bagi peserta tersebut, Penganjur menganggap tanggungjawab ibu bapa dan/atau penjaga untuk memantau penyertaan peserta dalam peraduan ini.

Boleh lihat contoh-contoh penyertaan yang dah diterima di sini.

30 Seconds Push-Up Challenge bersama Bad Lab ini akan berakhir pada 20 Mei 2020, 11.59 pm dan pada tarikh yang sama Ohmedia akan memilih 5 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah menarik daripada Bad Lab. Pemenang dipilih berdasarkan push-up paling kreatif dalam masa 30 saat! Apa lagi jom join!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas