Connect with us

Badan Utama Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Ditemui Bersama Ramai Mayat

Umum

Badan Utama Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Ditemui Bersama Ramai Mayat

Seperti yang dijangkakan, lebih 50% mangsa nahas pesawat QX8501 masih terperangkap di dalam badan pesawat tersebut. Badan Mencari & Menyelamat Nasional (BASARNA) Indonesia berjaya menemui badan utama pesawat bersama ramai mayat yang terperangkap kira-kira 1.7 batu nautika berhampiran ekor pesawat arah timur laut seperti yang disahkan Pengarah Operasinya Bambang Supriyadi ketika ditemui di Lapangan Tentera Udara Iskandar.

“Kedudukan badan pesawat ini tidak berada berdekatan sayap yang menindih Perakam Suara Kokpit (CVR). Bagaimanapun, pasukan SAR gabungan akan mengangkat badan utama ini menggunakan beg pelampung sama seperti kaedah digunakan untuk menaikkan ekor pesawat,” katanya.

BASARNAS juga dikhabarkan akan menambah kekuatan pasukan dan kapal tongkang yang sudahpun disediakan di Pelabuhan Palingma Utar Kumai.

“Sekarang kapal KN Jadayat berada di lokasi bangkai utama. Proses pengangkatan kira-kira sama dengan ekor iaitu menggunakan beg pelampung yang sudah ada di lokasi kejadian.
“Mungin ada beberapa tambahan belon apungan yang kita cuba turunkan di dalam air. Ia boleh mengangkat keseluruhan badan pesawat,” jelas Supriyadi lagi.

Pagi ini juga, CEO AirAsia Tony Fernandez dilihat menghantar email secara pukal kepada semua pelanggan AirAsia dengan ucapan ribuan terima kasih dengan segala sokongan dan dorongan yang diberikan kepada AirAsia berkenaan kejadian tragis yang buat julung-kalinyanya berlaku sejak 13 tahun AirAsia beroperasi.

Apapun kita doakan semoga semua mangsa dapat dijumpai terutamanya penumpang tunggal dari Malaysia yang terlibat dalam nahas udara terburuk tahun ini selepas MH17 serta MH370 yang masih menjadi misteri hingga kini.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top