Connect with us

Oh! Media

Aznil Bercerita Tentang Kebaikan Dalam Diri Seorang Azwan Ali

Oh! Artis

Aznil Bercerita Tentang Kebaikan Dalam Diri Seorang Azwan Ali

ADVERTISEMENT

Disaat dirinya dicerca teruk atas tingkah-lakunya di laman sosaial, Azwan Ali sekali lagi akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Disebalik keperibadiannya yang menerima penghinaan dari orang ramai, sahabat lama Aznil Haji Nawawi tidak mudah untuk melupakan kebaikan seorang Azwan Ali.

BACA: Teruk Di Maki Azwan Ali kerana “Menate”, Nur Azira Diundang Berbuka Puasa Di Me’nate Steak Hub

Di Instagram, Aznil sempat meluahkan perasaannya tentang kebaikan Azwan Ali dan meminta orang ramai agar tidak terus menghina Azwan tetapi mendoakan yang baik-baik buatnya.

Selamat berangkat menunaikan ibadah umrah sahabatku@divaazwanavazz Bertuah sungguh insan ini kerana sering dijemput Allah ke rumahNya setiap kali Ramadhan. Dalam kekurangan kita sebagai hambanya, Allah sahaja yang tahu kelebihan insan ciptaanNya. Kita yang menghina seseorang insan itu, cuba lihat di dalam diri kita, adakah kita mendapat kelebihan dan keistimewaan seperti itu? Kita senang menghina seseorang sedangkan Tuhan jadikan dia sebagai dugaan untuk kita. Bersabar kah kita dengan dugaan sekecil itu dan betapa ia menilai hati, minda dan mulut kita?

Kalau tiada insan bernama Azwan Ali, dapat kah kita belajar dari kesilapan dan kekurangannya? Bersyukurlah dengan insan seperti dia kerana dia, kita banyak kutip pengajaran yang sangat bernilai. Doakan yang elok2 aje sebab pastinya adanya hikmah yang tersembunyi. Cuba tanya, adakah kejadian yang diturunkan itu satu ujian untuk Azwan atau untuk kita yang terlibat mengutuknya? Di sepuluh malam terakhir dan sepuluh hari terakhir Ramadhan, saya haramkan anda menurunkan komen negatif pada posting ini! Doakan yang elok2 untuk sahabatku Azwan Ali agar dia dan kita dapat bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT.

Untuk pengetahuan, Azwan lah orang yang tidak pernah lupa mendoakan Paknil, keluarga paknil dan kesihatan ibu Paknil Norbaiti bila berada di tempat mustajab di Baitullah. Ramai yang maklum keadaan ibu Paknil yang uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum berangkat ke tanah suci, Azwan pasti tanyakan nama penuh ibu paknil untuk diangkatkan doa di hadapan pintu Kaabah dan di Raudah. Maafkan aku juga sahabat jika aku pernah mengumpat, menyakiti dan mengasari mu. Selamat pergi dan kembali dengan kemenangan. Amin.

Dihari baik bulan baik ni, kami di Ohmedia juga ingin memohon maaf pada Azwan Ali. Anggaplah segala apa yang pernah kami paparkan selama ini hanya kerana ingin melihat Azwan Ali menjadi seorang insan yang hebat dan dikagumi, mudah memohon maaf, tidak menghina orang lain dan bukannya yang menjadi cela di mata masyarakat.

BACA: “Kau Siapa Azhar Sulaiman Nak Nasihat Aku?” – Azwan Ali

InsyaAllah. Moga peroleh barakah ketika di sana.

+ Baca respon orang ramai di Facebook Oh! Media.

Kami Nak Kongsi 3 Flavor Vape Yang Paling Awesome!

3 Flavor anda harus cuba jika anda seorang pengemar Vapor

Ramai gang vape yang tanya kami apa flavor yang patut mereka beli sebab ada banyak sangat e-juice ni di pasaran. Ini review dari kami untuk 3 flavor terbaru dan terbaik yang harus anda cuba. Semua ini boleh anda dapatkan di Overdoze, Taman Nirwana, Ampang.Overdoze Ampang:011-2322 5802 (Ikram) / 019-513 8079 (Shah)Wholeseller:013-754 4416 / 013- 266 7735Fb Pages:Getaway eliquid: https://www.facebook.com/getawayeliquidOverdoze Ampang: https://www.facebook.com/overdoze.vapestall

Posted by Oh! Media on Sunday, July 5, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas