Connect with us

Oh! Media

Azmin Tinjau Penduduk Tanah Rizab Yang Terjejas

Oh! Negara

Azmin Tinjau Penduduk Tanah Rizab Yang Terjejas

Selepas melawat kawasan tanah rizab di Gombak Utara, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihatkan agat penduduk yang mendirikan kediaman atau bangunan di tanah berkenaan untuk berpindah.

ADVERTISEMENT

Nasihat ini diberikan Azmin kerana ia bagi memberikan laluan kepada kerjaan bagi menggunakan tanah rizab itu bagi tujuan menjalankan projek pelebaran jalan dan sungai.

Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak telah meminta Pegawai Daerah Gombak dan ADUN Gombak Setia bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dengan kerajaan negeri dan pihak PKNS.

Azmin juga ada menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan PKNS bagi membina penempatan kepada mangsa terjejas sebelum pemindahan keluarga-keluarga lain yang tinggal di tebing sungai secara berperingkat.

Pihaknya turut akan mencuba mendapatkan unit-unit berdekatan dalam mencari penyelesaian segera bagi menempatkan 21 keluarga yang terjejas.

Dalam masa yang sama, Azmin turut kecewa dengan pihak yang mengambil kesempatan membina rumah di atas tebing sungai dan disewakan pula kepada penduduk setempat yang akhirnya menyukarkan mereka.

“Penduduk tidak berkemampuan, tapi perlu membayar sewa antara RM300 hingga RM400 untuk tinggal di rumah berisiko, sedangkan jika tinggal di rumah mampu milik, bayarannya hanya RM124 sebulan dan keselamatan juga terjamin,” jelas Azmin.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas