Connect with us

Oh! Media

Azan Akhirnya Bergema Buat Pertama Kali Di Hagia Sophia Selepas Hampir 9 Dekad!

Umum

Azan Akhirnya Bergema Buat Pertama Kali Di Hagia Sophia Selepas Hampir 9 Dekad!

Selepas 86 tahun, akhirnya azan kembali bergema di Hagia Sophia buat kali pertama. Azan berkenaan berkumandang setelah bangunan bersejarah berkenaan ditukar statusnya dari sebuah muzium kepada sebuah masjid. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meskipun ditentang keras untuk tidak mengubah status struktur bangunan yang berusia 15 abad berkenaan, beliau tetap menandatangani dekrit berkenaan.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Suara Dewan

Mahkamah pentadbiran tertinggi Turki mengumumkan keputusan pada Jumaat lepas bagi membenarkan kerajaan menukar status bangunan berkenaan lepada sebuah masjid yang berfungsi sabagai sebuah muzium sebelum ini. Penukaran status ini mendapat reaksi penduduk Turki. Sebuah video dikongsikan menunjukkan azan pertama kali dilaungkan buat pertama kali selepas 86 tahun. Pada masa yang sama, presiden Turki mendedahkan bahawa solat pertama di masjid berkenaan akan dilakukan pada 24 Julai ini, iaitu solat Jumaat.

Sumber gambar dari The Patriot

Untuk info korang, Hagia Sophia dibangunkan ketika dibawah pemerintahan kerajaan Byzantine, iaitu Maharaja Justinian. Namun setelah kejatuhan Kerajaan Rom Timur berkenaan ketika penaklukan Konstantinopal dilakukan oleh Khalifah Uthmaniyah yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, Baginda Sultan telah menukar status bangunan berkenaan menjadi sebuah masjid pada tahun 1453. Sehinggalah tahun 1935, bangunan berkenaan bertukar status sebagai muzium setelah Turki menjadi kerajaan republik.




OHMEDIA: KINI UMAT ISLAM DI TURKI DAPAT MERASAI MENUNAIKAN SOLAT SEMULA DI MASJID YANG MENJADI BUKTI KEJAYAAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH MENAWAN KOTA KONSTATINOPAL.

Kredit: ISMAWEB

+ Baca respon pembaca azan akhirnya bergema selepas 86 tahun di Hagia Sophia di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas