Connect with us

Oh! Media

Azalina Othman Wanita Pertama Dilantik Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Ohmedia timbalan yang dipertua dewan rakyat wanita pertamajpeg

Oh! Negara

Azalina Othman Wanita Pertama Dilantik Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Sebentar tadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu sudah diputuskan iaitu Datuk Azhar Azizan Harun dan ia adalah pelantikan yang ke-10 menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Selain itu, jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat juga telah diputuskan hari ini dengan pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said dan ini menjadikan beliau sebagai pemimpin wanita pertama yang dilantik memegang amanah itu.

Ahli Parlimen Pengerang itu dicalonkan oleh Perdana Menteri sendiri dan disokong oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

IKLAN

Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih. – Kata Muhyiddin.

Sebelum ini, jawatan berkenaan telah dipegang oleh Nga Kor Min di bawah Pakatan Harapan yang kemudian meletak jawatan dengan alasan tidak boleh meneruskan tanggungjawab di bawah kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

Azhar kemudian menerima pencalonan terbabit selepas tidak menerima nama lain bagi memegang jawatan berkenaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas