Connect with us

Oh! Media

Ayam Tidak Disembelih Hanya Untuk Bukan Islam – Jais

ayam t 3 1024x768jpg

Umum

Ayam Tidak Disembelih Hanya Untuk Bukan Islam – Jais

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan ayam hidup yang dilemaskan seperti yang tular dalam laman sosial baru-baru ini dijual kepada pelanggan bukan Islam sahaja.

Dalam kenyataan dikeluarkan jabatan itu, penguatkuasa Jais telah melakukan operasi bersepadu di salah sebuah pasar di Rawang minggu ini dan mendapati peniaga telah meletakkan tanda tidak halal bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurut kenyataan itu lagi, pertikaian status halal ayam sembelihan yang dijual di sebuah pasaraya besar di Melaka pula berlaku disebabkan salah faham berkenaan kesan ‘head puller’ terhadap ayam sembelihan.

IKLAN

“Kaedah itu menampakkan seolah-olah ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak. Salah faham ini juga berlaku disebabkan kurangnya kefahaman berkenaan realiti pemprosesan ayam.

“Sekarang ia banyak menggunakan pelbagai fasiliti moden. Sudah pasti pemprosesannya berbeza dengan pengeluaran berskala kecil,” kata kenyataan itu.

Untuk mengetahui status halal rumah sembelihan ayam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, orang awam boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal dan Verify Halal.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas