Connect with us

Oh! Media

Ayam Percik Berulat Di Bazaar Ramadhan Plaza Angsana, Johor Bahru

Umum

Ayam Percik Berulat Di Bazaar Ramadhan Plaza Angsana, Johor Bahru

Dari Bubur basi, Roti John, Ayam Goreng berulat, Murtabak berintikan Bawang basi, Air Tebu masam dan kali ini giliran ayam percik pula. Pelbagai jenis makanan basi dan busuk dengan sewenang-wenangnya dijual oleh segelintir para peniaga tidak bertanggungjawab di Bazaar Ramadhan dan yang menjadi mangsa tentulah para pembeli yang sedang berpuasa bila dah balik ke rumah untuk bersedia membuka puasa, barulah tahu yang ini basi dan yang itu berulat.

ADVERTISEMENT


Baca: (Video) Lauk Berulat Jadi Juadah Berbuka Puasa


Giliran bazaar ramadhan mana pula yang kantoi kali ini? Ianya di Bazaar Ramadhan Plaza Angsana, Johor Bharu. Menurut mangsa;

Ya Allah. Tak tahu nak cakap apa. Adik perempuan saya pula yang terkena . Nasib baik tak makan lagi. Untung adik laki perasan kalau tak satu family makan ayam percik ni. Sungguh nak termuntah. Ya rabbi macam mana laa. Nasib baik beli 3 batang je. Jangan lah nak cari untung semata-mata. Kesian kat orang yang beli nasib tak baik. Memang jarang sebenarnya beli makan kat bazar, biasa masak je kat rumah. Bila nak jamu tekak sekali sekala, macam ni pula jadinya. Serikkkkkkk!!

Diharapkan lepas ni kalau sesiapa menjadi mangsa kerakusan mencari untung dari para peniaga di Bazaar Ramadhan ni, bertindak dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar peniaga yang tidak mementingkan kebersihan dan hanya menutamakan keuntungan seperti ini disekat terus dari berniaga.

Hal-hal begini harus dipandang serius. Berapa banyak lagi kematian yang harus kita tunggu selepas kematian seorang kanak-kanak yang makan Roti John tempohari? Berapa ramai harus keracunan makanan baru tindakan serius mahu diambil?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas