Connect with us

Oh! Media

Ayah Ubah Suai Garaj Kereta Kepada Pejabat Yang Amazing Khas Untuk Anak

Oh! Lifestyle

Ayah Ubah Suai Garaj Kereta Kepada Pejabat Yang Amazing Khas Untuk Anak

Dulu garaj kereta, kini sebuah rumah kecil dgn binaan abah.

ADVERTISEMENT

Post ini aku dedikasikan khas buat abah aku, Pakya. Walaupun dia takde FB, kalau dia terbaca ni, aku harap dia tahu aku bangga punya ayah macam dia.

Bulan puasa tahun lepas pemula segalanya. Aku yang berniaga online sering mengeluh sebab tak punya ruang pejabat sendiri. Habis satu rumah bersepah dengan barang perniagaan aku. Kat depan tv tempat aku tulis order, kat dapur kering tempat aku bungkus order, kat hall tempat aku buat sepah dan macam-macam lagi.

“Abah, boleh dak nak guna bilik jadikan ofis. Buat macam ofis betul.”

Aku harap dia jawab ya.

Sebaliknya dia jawab, “Tak boleh. Nanti abah buatkan ofis untuk awak.”

Speechless…

Tak lama lepas tu, lepas raya seingat aku. Abah aku start mengemas garaj kereta dia. Dia bersihkan lantai garaj dan buka atap. Lepas tu bahan-bahan binaan pulak sampai. Batu blok, pasir, simen selambak kat depan rumah aku.

Tak banyak cakap, abah aku pun mula kerja buruh kasar dia. Naik batu blok satu persatu. Usai solat subuh, aku tengok abah dah siap salin “uniform” kerja dia. Garaj yg dulu kosong tanpa dinding, jadi dah ada dinding.

Tak ada mengeluh, tak ada mengadu. Semuanya dia buat sendiri. Aku yg sayu. Ya Allah bergenang air mata aku tengok dia usung kereta sorong penuh dengan pasir dan simen pukul 1 tengahari.
“Abah, makan dulu. Dah tengahari ni.”

“Nantilah. Abah nak siapkan ni sikit je lagi.” Dia balas ringkas.

Ya. Itulah abah aku. Orang kata “action speaks louder than words”. Ha macam tu la abah. Tak banyak cakap, dia buat je kerja. Dia buat semuanya dengan ikhlas hati. Dan kalau tengah kerja, dia mesti buat sampai habis.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Dah berbaldi peluh keringat dia kalau aku boleh kutip dari mula dia buat kerja.

Aku bayangkan pejabat aku tu nanti comel je. Sebab saiz garaj tu hanya boleh muat sebuah kereta. Sekali siap jadi dua tingkat. Ada tingkat bawah dan atas. Masa tu perasaan aku punyalah wowww tak terkata. Impress gila dengan abah aku.

Garaj kereta patutnya bertukar menjadi pejabat kecil. Yg tersergam indah depan aku adalah sebuah rumah kecil.

Lengkap segalanya. Ada hall, ada ruang dapur siap kabinet, ada bilik tidur, ada ruang rehat, ada tandas semualah. Bergenang air mata aku sekali lagi dgn abah. Betapa besar pengorbanan dia pada aku. Terpancar kasih sayang ayah pada anak.

Dan aku sedar, latarbelakang pendidikan bukan segalanya. Yang penting semangat dan usaha tanpa putus asa. Abah bukan arkitek apatah lagi engineer. Dari sekolah rendah, kalau cikgu tanya ayah awak kerja apa, aku jawab aku anak tukang kayu. Bertukang dah sebati dalam darah yg mengalir dalam diri dia.

Ada sesekali aku terdengar perbualan tetamu yg datang ke rumah dengan abah.

“Mana pakcik dapat idea buat rumah ni?”

“Semuanya dah ada dalam kepala ni. Automatik siap dengan kiraan kos dan bahan-bahan.” Dia balas selamba. Wallahualam. Mungkin itu anugerah Allah pada abah.

Jujurnya rumah kecil ini banyak yg custom made. Tingkap labuh ni semuanya abah tempah ikut saiz yg dia nak. Kabinet dapur pun abah buat ikut selera sendiri.

Hiasan dan dekorasi pun semuanya kami cari sendiri. Survey sana sini baru beli. Dan mesti kena ikut tema dan citarasa abah. Jemputlah tengok gambar hasil tangan abah dan aku (sikit je hias2). Untuk barang dalam rumah, kebanyakannya dari Ikea dan Mr DIY. Simple tapi sedap mata memandang pada kami.

Akhir kata sebagai penutup, cinta ayah itu kadang memang tak terlihat. Tak nampak. Tapi kita pasti merasakannya. Ayah yang tak banyak bicara terkesan tak peduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya adalah kita.

Abah, pinjamkan aku hatimu agar aku belajar bagaimana menghadapi masalah tanpa mengeluh sedikit pun. Disetiap keringatmu, di setiap lelah nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih abah.

Hajar Yahya,
Anak Pakya selamanya.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas