Connect with us

Oh! Media

Atikah Suhaime Sedang Hangat Bercinta Dengan Datuk Lokman

Oh! Artis

Atikah Suhaime Sedang Hangat Bercinta Dengan Datuk Lokman

Pelakon yang berasal dari Singapura, Nur Atikah Mohd Suhaime atau lebih dikenali sebagai Atikah Suhaime berusia 29 tahun dikatakan sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pengurus kepada pelakon tersebut iaitu Nia Adlina Aishah berkata mereka belum melakukan sebarang persediaan untuk melangkah ke fasa perkahwinan kerana Atikah masih berada di Singapura. Jadi, tak boleh untuk membuat apa-apa persediaan dan dia sedang menantikan pintu sempadan dibuka semula untuk kembali bekerja.

Setakat ini, dia sedang hangat bercinta. Namun, belum ada sebarang persediaan untuk berkahwin dilakukan. Buat masa sekarang, dia masih berada di Singapura. Jadi, tak boleh nak buat sebarang persediaan apa-apa. Apa yang dia nantikan adalah pintu sempadan dibuka semula kerana dia nak kembali bekerja. Masih ada satu drama terbitan Radius One berjudul Dendam Cinta Aryssa tergendala proses penggambaran yang berbaki 10 episod.

Sebelum ini, Atikah pernah mengikat tali pertunangan bersama Awi Rafael yang juga merupakan seorang penyanyi berasal dari Singapura tetapi hubungan mereka putus di tengah jalan sebelum tiga hari majlis akad nikah.

OHMEDIA: SEMOGA TERUS MAJU JAYA ATIKAH!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas