Connect with us

Oh! Media

Ashraf Muslim Positif Covid-19

Oh! Artis

Ashraf Muslim Positif Covid-19

Sepertimana yang kita tahu, ada satu produksi telah menjalani penggambaran untuk drama Demi di Scotland baru-baru ini sehingga pelakon, pengarah dan beberapa kru yang terlibat telah dijangkiti positif Covid-19 termasuklah Ashraf Muslim.

ADVERTISEMENT

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on


Perkara ini telah disahkan oleh beliau di Instagramnya, @ashrafmuslim melalui satu rakaman videonya yang sedang menaiki ambulans menuju ke Hospital Sungai Buloh. Fuh! Ohmedia tengok pun berdebar-debar tau.

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM (Ashraf Muslim) tentang keputusan Sample Covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance..(itu yang sampai berpeluh-peluh tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dengan situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor-doktor, MA, nurse-nurse dan mereka yang terlibat , terima kasih u all are our hero..and to mama, ibu, sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari Covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat..tapi jangan risau yer ayah ok dekat sini sihat dan boleh solat dan baca Quran macam biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah..hanya DIA yang berikan penyakit dan dari DIA jua yang memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Assalamualaikum wbt.

Kalau korang nak tahu, Ben Amir juga terlibat menjalani penggambaran di Scotland tapi nasib baik dia pulang ke Malaysia lebih awal tau dan keputusan ujian saringannya adalah negatif. Alhamdulillah.

Apapun, Ohmedia doakan agar Puteri Aishah, Ashraf Muslim, pengarah dan kru yang terlibat untuk drama Demi cepat sembuh seperti sediakala. Semoga kita semua dilindungi daripada Allah SWT. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: GET WELL SOON ASHRAF MUSLIM!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas