Connect with us

Oh! Media

Apple Ambil Alih Syarikat Pembangun Digital Assistance Untuk Tingkatkan Kemampuan Siri

Ohmedia siri 1png

Umum

Apple Ambil Alih Syarikat Pembangun Digital Assistance Untuk Tingkatkan Kemampuan Siri

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan langkah Apple membeli Dark Sky, sebuah aplikasi cuaca, kali ini Apple telah bertindak mengambil alih Voysis, sebuah syarikat pembangun aplikasi digital assistance dalam mempertingkatkan kemampuan enjin carian suara, Siri.

Seperti semua tahu, bukan Apple sahaja yang mempunyai ciri berkenaan bahkan ada beberapa syarikat terkemuka lain turut mempunyai feature yang sama, antaranya adalah Google dengan Google Assistent, Amazon dengan Alexa, Samsung dengan Bixby dan terbaru Huawei dengan Celia.

Difahamkan syarikat Irish berkenaan sedang mengembangkan software yang dapat menerima request suara dengan lebih tepat. Dipetik dari Tek Id, software yang dibangunkan oleh Voysis ini dikatakan mampu mempersempit hasil carian dengan contoh frasa seperti, “I need a new LED TV” dan “My budget is $1,000.”

IKLAN
Sumber gmbar dari Cult of Mac

Dipetik dari 9to5Mac, antara pengasas Voysis Peter Cahill berkata pada 2018 bahawa syarikatnya berjaya mengecilkan sistemnya ke titik di mana, sebaik sahaja AI dilatih, perisian ini menggunakan sekurang-kurangnya 25 megabait memori – kira-kira saiz yang sama seperti empat lagu Apple Music. Ini menjadikannya lebih mudah untuk dijalankan pada telefon pintar tanpa sebarang sambungan internet.

OHMEDIA: MAKIN LAMA MAKIN SENANG CARIAN ATAU ARAHAN SUARA DAPAT DILAKUKAN. MUNGKIN DALAM BERAPA TAHUN AKAN DATANG, SOFTWARE YANG DIBANGUNKAN BUKAN SAHAJA DAPAT MENERIMA ARAHAN BAHKAN KITA BOLEH BERSEMBANG MACAM JARVIS DALAM FILEM IRONMAN, HAHAHA!

Sumber: Tek Id  | 9to5Mac

+ Baca respon pembaca Apple ambil alih syarikat pembangun digital assistance di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas