Connect with us

Oh! Media

Aplikasi Zoom Hantar Data Peribadi Pada Facebook Secara Senyap-Senyap

Umum

Aplikasi Zoom Hantar Data Peribadi Pada Facebook Secara Senyap-Senyap

Penularan wabak COVID-19 telah memaksa kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan, dimana semua orang diarahkan duduk dirumah dan tidak dibenarkan keluar tanpa sebarang perkara penting. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khususnya tidak dibenarkan bersosial diluar bagi membendung penularan wabak ini. Ini menjadikan aplikasi video call perantara mereka untuk sentiasa kekal berhubung.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Bussines Insider

Antara aplikasi video call yang semakin ramai menggunakan adalah Zoom. Untuk info korang, aplikasi ini dimiliki oleh seorang individu yang dikenali sabagai Eric Yuan, berpengkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Disebalik kepopularannya yang semakin mendapat nama, aplikasi ini terkait dengan isu pendedahan data peribadi.

Dipetik dari Detik Inet, aplikasi berkenaan akan mengirimkan data peribadi pengguna kepada Facebook tanpa diketahui oleh pengguna aplikasi berkenaan bagi pengguna iOS. Lebih memeranjatkan lagi, info diambil dari Apple Insider, data berkenaan tetap di hantar kepada Facebook meskipun pengguna berkenaan tidak mempunyai akaun laman sosial berkenaan. Walaubagaimanapun, Zoom tidak menjelaskan mengenai jenis data yang dihantar secara khusus kepada Facebook.

Sumber gambar dari Google

Zoom akan menghantar data wajah pengguna aplikasi berkenaan ketika video call sedang dilakukan seperti dipetik dari laporan Consumer Report. Untuk info korang, data wajah akan digunakan untuk mesin algoritma pengenalan wajah menjadi lebih pintar. Hal ini bukanlah benda aneh sebenarnya, sebab kebanyakan pembuat aplikasi menggunakan software development kit (SDK) Facebook untuk mengimplementasi feature tertentu dalam aplkasi mereka seperti yang dipetik dari Detik Inet.

OHMEDIA: MANA-MANA APLIKASI YANG SEDIA ADA SEKARANG INI AKAN ADA RISIKO SEDEMIKIAN. ITU SEBAB KITA KENA BIJAK MENGGUNAKANNYA.

Sumber: Detik Inet | Apple Insider | Consumer Report

+ Baca respon pembaca aplikasi Zoom hantar data peribadi pada Facebook secara senyap-senyap di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas