Connect with us

Oh! Media

Apex Legend Kini Dalam Perancangan Untuk Ke Platform Mobile

Umum

Apex Legend Kini Dalam Perancangan Untuk Ke Platform Mobile

Untuk pengetahuan korang, permainan Apex Legends telah menjadi antara permainan video paling mendapat tumpuan sekrang ini selain daripada PUBG, Fortnite dan permainan Battle Royal yang lain. Apa yang menarik adalah, Apex Legends ini boleh didapatkan secara percuma di tiga platform iaitu PC, PS4 dan Xbox One dan ia mampu menarik bilangan pemain yang cukup ramai hanya dalam masa yang singkat.

ADVERTISEMENT


Syarikat EA yang merupakan pembangun permainan ini telah membuat satu pengumuman yang mungkin sangat dinanti-nantikan oleh peminat permainan video yang dinyatakan dalam laporan kewangan suku keempat mereka.

Antara yang menarik dalam laporan terbabit adalah, mereka kini sedang berunding untuk mewujudkan Apex Legends bagi palatform mobile dan akan melancarkannya ke China dan Korea sebelum ia dibuka kepada semua.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Apex Legends berjaya mengumpul lebih 50 juta pemain hanya dalam masa 2 bulan dan jika ia berjaya dikeluarkan di mobile, pastinya ia akan menarik lebih ramai pemain.

Kalau korang nak  cuba sendiri bagaimana bermain Apex Legend. boleh datang untuk bermain permaina ini di Oh Media Gaming. Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas